Tiada angin, tiada ribut, pelakon Jue Aziz umum kembali bergelar isteri selepas lima tahun bercerai.
Artikel Berkaitan: Mengaku Diri Masih Single, Jue Aziz Dedah Ambil Anak Angkat
Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Nak Tidur, Kacau Pernafasan’ – Jue Aziz Disyaki Kena Influenza
Pernikahan Jue
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) sebentar tadi, Jue atau nama lengkapnya Zuliana Abdul Aziz berkongsi video hari bahagianya.
Memetik laporan Mstar, Jue dan suaminya yang dikenali sebagai Ridwan telah selamat diijabkabulkan pada 18 Ogos lalu.
Aktres berusia 40 tahun itu memaklumkan bahawa dia dan suami sudah lama mengenali keperibadian diri masing-masing.
Sejak bila kami kenal biarlah rahsia, tetapi apa yang boleh saya katakan kami sudah lama kenal dan bukan mudah mengambil keputusan berkahwin.
Jue kemudian meluahkan rasa syukur apabila penyatuan mereka mendapat restu keluarga dan urusan perkahwinan dipermudahkan meskipun perancangan awal terpaksa diubah.
Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi dipercepatkan bagi menunaikan permintaan ibu saya yang sudah berusia.
Agak kelam kabut juga sebab nak pastikan semua ahli keluarga ada pada tarikh tersebut dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Apa yang penting adalah restu keluarga dan anak saya sekarang ada papa baru.
Bercerita tentang Ridwan, Jue berkata, dia enggan mendedahkan dengan lebih lanjut perihal suaminya kepada umum.
Umur dia pun rahsia. Tetapi dia lebih muda daripada saya.
Suami seorang yang sentiasa memberi sokongan dan faham akan kerjaya saya.
Dalam pada itu, Jue menerima mas kahwin sebanyak RM222 dan seutas gelang serta sebentuk cincin.
Pernikahan tersebut disaksikan oleh keluarga serta kenalan mempelai yang berlangsung di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan.
Untuk info, Jue mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia iaitu Bayu Parman namun bercerai pada 2019.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil seorang anak angkat yang bernama Darwish Naufal, 11.
Sumber: IG Jue Aziz, Mstar