berita

[VIDEO] Julia Farhana Nafi Bela Anjing – ‘Tak Pernah Bermain, Hanya Tumpangkan Tempat Sahaja’

October 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

julia anjing

Pelakon, Julia Farhana menepis dakwaan bahawa dia pernah membela anjing susulan timbul rasa rasa kurang senang dalam kalangan warganet sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tak Langgar Batas Sebagai Muslim Sebab Dah Dilatih – ‘Kami Tak Pernah Bersentuhan & Julio Bukan Jenis Air Liur Meleleh’

Artikel Berkaitan: Suami Julia Farhana Didakwa Lari Dari Bayar Hutang Sebanyak RM150,000?

Bukan bela, hanya rawat

julia anjing

Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama sebenar Julia Farhana Marin menjelaskan dia hanya merawat anjing tersebut sehingga pulih selain memaklumkan bahawa haiwan itu juga sudah pun dibela oleh orang lain.

Saya tak tahu dari mana datangnya kenyataan yang mengatakan saya membela anjing. Sebenarnya saya tak bela, saya jaga sementara sahaja dan dia pun ada keluarga baru.

Saya jaga dia untuk beberapa bulan dan untuk masa yang sangat pendek saya beri dia apa yang dia perlukan.

Bukan saya yang jaga, kami ada pembantu dari Filipina. Jadi kami tak pernah pun main dengan dia, saya cuma tumpangkan tempat sahaja. Alhamdulillah dia tak ambil masa yang lama untuk pulih.

Julia berkata demikian ketika ditemui di pelancaran produk pakaian jenama Mayang di StarHill, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bagaimanapun, aktres berusia 28 tahun ini mengaku silap apabila dia membenarkan haiwan tersebut berada di kediamannya walaupun hanya menempatkan anjing itu di halaman rumah.

Sebenarnya, makhluk lain pun perlukan kasih sayang dan perhatian. Tapi saya belajar daripada kesilapan mungkin cara saya salah.

Mungkin saya sepatutnya sewa hotel atau menyewa satu ruang khas untuk melindungi anjing tersebut.

Sementara itu, pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu berkata dia kini turut giat membantu haiwan-haiwan yang memerlukan.

Ramai ingat saya hanya bantu anjing sahaja tetapi saya turut menjaga 20 ekor kucing. Kalau boleh tikus pun saya nak bantu tapi risau pula boleh bawa penyakit.

Terdahulu, Julia dan keluarga bertindak merawat seekor anjing bernama Julio berikutan haiwan tersebut mengalami penyakit kulit.

@ohbulanofficial

Julia Farhana menepis dakwaan bahawa dia pernah membela anjing. #ohbulan #sembangentertainment #juliafarhana

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×