berita

‘Mak Nak Landed Rumah Sebab Ada 50 Ekor Kucing’ – Amir Syafiq Perjelas Kenapa Tak Nak Kondominium

October 14th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

amir syafiq kucing

Kemelut yang berlaku antara penyanyi Shila Amzah dengan ibunya, Fauziah Sarman dan dua adik-beradik iaitu Amir Syafiq dan Syada Amzah belum nampak gaya akan berdamai.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kakak Meninggal, Barulah Rumah Itu Jadi Pusaka’

Artikel Berkaitan: Bekas Adik Ipar Shila Amzah Bongkar Gelang Hasil Titik Peluh Digadai & Dakwa Shafiq Pernah Curi Duit Bapa Siap Tiru ‘Sign’

Tak mau rumah kondominium

shila amzah 7

Terbaru, Amir Syafiq sekali lagi bersuara dengan mendedahkan sebab utama mereka membantah keputusan Shila untuk membeli kediaman jenis bertingkat iaitu kondominium.

Kata Amir Syafiq, rumah itu tidak sesuai untuk didiami memandangkan mereka membela hampir 50 ekor kucing.

Rumah aku ada dekat 50 ekor kucing. Nak campak mana semua kucing? Sebab itu mak nak landed house. Aku tengah dapatkan untuk mak.

Amir Syafiq memberi penjelasan isu itu di TikTok namun hasil pemerhatian OhBulan!, ruangan komen tersebut telah ditutup.

Tanggungjawab beli barang rumah

Dalam pada itu, Amir Syafiq juga menyatakan dia dan Syada tidak pernah berkira untuk mengeluarkan duit bagi pengurusan kucing dan keperluan barang di dapur.

Maintenance kucing pun aku dengan Syada gilir-gilir beli. Tu la korang tak tahu. Jadi, jangan la main tembak (tuduh).

Barang dapur pun kami gilir-gilir beli. Bukan Shila saja.

Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas Shila mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.

Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.

Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.

Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×