berita

[VIDEO] Julia Farhana Sudah 4 Tahun Berhijab, ‘On Off’ Sebab Belum Bersedia

May 25th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Julia Farhana mendedahkan sebenarnya dia mula mengenakan tudung sejak empat tahun lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sudah Dua Tahun Kenal Hati Budi, Julia Farhana Hitung Hari Bahagia Dengan Dr Che Hafiz

Tak sedia lagi

Ketika ditemui OhBulan!, Julia memberitahu dia memilih untuk mendiamkan perkara itu kerana masih belum sepenuhnya berubah.

Katanya, dia akan ‘free hair’ ketika menjalani sesi penggambaran namun akan memakai semula selepas waktu bekerja.

Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai hijab selama empat tahun secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan.

Disebabkan masih belum bersedia untuk menukar imej, saya sering buka tudung apabila masuk set penggambaran dan pakai semula selepas bekerja.

Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah.

Julia berkata demikian ketika sidang media pengumuman duta baharu Herbs Of Gold iaitu Uyaina Arshad yang diadakan di Bangsar, pada Selasa.

Bagaimanapun, aktres berumur 29 tahun menjelaskan sumber pendapatan bukan sebab utama untuk tidak kekal dengan imej baru itu.

Saya tidak bertudung sepenuhnya bukan risau mengenai karier kerana saya ada banyak punca pendapatan.

Namun, apabila ramai mengenali saya, lumrah orang akan tetap menghakimi dan pertikaikan semua perkara yang dilakukan.

Saya tidak mahu sebarang kontroversi melibatkan keluarga dan itu sebabnya saya tidak berkongsi perubahan imej secara terbuka sebelum ini.

Tengah belajar

Dalam pada itu, pemilik nama Julia Farhana Marin memohon agar orang ramai memberi masa untuk mendalami ilmu sebagai muslimah. Meskipun begitu, dia terbuka hati menerima setiap teguran yang mendorong kebaikan.

Meskipun sudah bertudung banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.

Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.

Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna.

Pada Mac lalu, isteri kepada Dr Che Hafiz memadam gambar-gambar lama sebelum dia tampil bertudung serta memberi petunjuk sudah berhijab.

@ohbulanofficial Pelakon Julia Farhana mendedahkan sebenarnya dia mula mengenakan tudung sejak empat tahun lalu. #ohbulan #sembangentertainment #juliafarhana #on #off #berhijab ? original sound – OHBULAN!

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×