Pelakon Julia Farhana memberitahu dia dan pasangan, Dr Che Muhammad Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Dr Che Hafiz Anggap Lufya Omar Sudah Melampau, Sedar Tanggungjawab Kena Bagi Nafkah Anak – ‘Jangan Libatkan Bakal Isteri Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Rasa Mungkin Dia Terlalu Buta Dalam Percintaan’ – Lufya Omar Tidak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin Dengan Julia Farhana
Tidak suka hebah
Ketika ditemui OhBulan!, Julia menyatakan persiapan untuk hari bahagia mereka sudah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, aktres berumur 28 tahun ini enggan mendedahkan tarikh perkahwinan kerana selesa dengan kehidupan privasi.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya kami sudah bertunang. Saya seorang yang mementingkan privasi, perkongsian kebanyakkannya hanya mengenai kerjaya saja.
Apa yang boleh saya beritahu adalah hari bahagia kami sudah begitu hampir dan persiapan juga hampir 90 peratus. Semoga semuanya dipermudahkan.
Malah, saya dan bakal suami juga turut membahagikan tugas masing-masing memandangkan kami berdua sibuk. Hendak ‘dating’ pun tiada masa, sehinggakan tidak ingat bila kali terakhir kami berjumpa.
Julia berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Flagship Store Rizman Ruzaini yang diadakan di Hotel Four Seasons, pada Rabu.
Sempena pembukaan Butik RR FlagShip Store, Rizman Ruzaini juga menawarkan potongan harga besar-besaran sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.
Selain Julia, acara tersebut turut dihadiri barisan selebriti tempatan lain seperti Uyaina Arshad, Hawa Rizwana dan Afifah Nasir.
Aturan keluarga
@ohbulanofficial Bagus la masing-masing dah matang agituh. #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #betitatiktok #juliafarhana ? original sound – Ohbulan
Dalam pada itu, pemilik nama Julia Farhana Marin berkata dia sudah dua tahun mengenali Hafiz secara peribadi.
Ditanya bagaimana detik perkenalan bermula, pelakon drama Mama Papa Ekspres mendedahkan ibunya yang menjadi ‘orang tengah’ dalam hubungan mereka.
Saya dah kenal dia dua tahun. Kami berdua terlalu menjaga privasi. Ini adalah aturan keluarga dia dan keluarga saya.
Sebenarnya saya kenal Hafiz melalui mak saya. Mak saya sudah lama kenal dan suka dengan dia. Saya pula tiada niat pun nak settle down sebab saya gembira dengan karier, fokus dengan pelajaran, menyanyi dan berlakon.
Tapi bila saya kenal dia saya rasa dia okey. Dia lelaki baik, softspoken, gentleman, seorang yang sangat matang dan boleh dibincang. Saya rasa dia bukan orang yang teruk untuk dijadikan calon suami.
Untuk rekod, Hafiz dan Lufya pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun, Hafiz dan Lufya bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.