berita

[VIDEO] Jurulatih Penari, Ahmad Kassan Meninggal Dunia Di Singapura

September 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ahmad Kassan

Jurulatih penari popular, Ahmad Kassan dilaporkan telah meninggal dunia di Singapura, semalam.

Artikel Berkaitan: 10 Selebriti Yang Telah Pegang Gelaran Haji & Hajah

Meninggal di Singapura

Ahmad Kassan

Berita duka itu dimaklumkan oleh pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi menerusi hantaran video di Instagram miliknya.

Saya baru dapat berita perkhabaran duka tentang pemergian sahabat saya, Ahmad Kassan yang merupakan nadi kuat program Macam-Macam Aznil suatu ketika dahulu.

Dia dikhabarkan telah meninggal dunia di Singapura, tapi saya tak tahu jam berapa. Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia.

Dalam hantaran sama, Aznil atau mesra dengan sapaan Pak Nil meminta orang ramai untuk menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa agar roh ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Allahyarham sangat rapat dengan saya ketika kami buat rakaman Macam-Macam Aznil. Arwah adalah tunjang utama program itu.

Saya sangat terasa dengan kehilangan dia, semoga kita semua sama-sama dapat sedekah bacaan surah al-Fatihah kepada arwah. Semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Video

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×