berita

10 Selebriti Yang Telah Pegang Gelaran Haji & Hajah

June 29th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Rezeki dalam menunaikan ibadah haji pastinya menjadi keinginan setiap umat islam. Namun, tidak semua diberikan rezeki yang cepat untuk dijemput ke tanah suci Makkah.

Ikuti 10 selebriti yang diberi kesempatan untuk menunaikan haji pada usia muda!

Artikel Berkaitan: Yana Samsudin Tunai Janji Bawa Ibu Bapa Tunai Ibadah Haji, Umrah

Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Teruja Dapat Tunai Haji 10 Jun Ini

Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose & Suami Tunai Ibadah Haji

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Foto kredit: Instagram @ctdk

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa pada tahun 2017.

Sekadar info, ketika itu Siti atau lebih mesra disapa Tokti berusia 28 tahun.

Aznil Haji Nawawi

Foto kredit: Facebook @Aznilhjnawawi

Rezeki buat pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi yang telah menunaikan haji pada tahun 2008.

Best memory ever. 

Difahamkan cuaca ketika dirinya menunaikan haji merupakan musim sejuk.

Adi Putra

Foto kredit: Instagram @adiputra

Pelakon hero pujaan ramai, Adi Putra menunaikan rukun Islam yang kelima itu pada tahun 2014.

Menerusi laman Instagramnya, Adi Putra berkongsi beberapa keping foto ketika di Tanah Suci Makkah.

Mizz Nina

Foto kredit: Instagram @officialmizznina & Gempak

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mula berhijab dan mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan pada tahun 2013.

Usahawan dan aktivis kemanusiaan itu turut menunaikan haji bersama bekas suaminya, Noh Salleh pada tahun yang sama.

Neelofa

Foto kredit: Instagram @neelofa & Xtra

Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor menunaikan ibadah haji yang pertama bersama ibu bapanya pada usia yang muda. Difahamkan, ketika tahun 2016, usia bekas hos itu baru 27 tahun.

Fizo Omar

Foto kredit: Instagram @fizoomar & Sinar Harian

Pengalaman pelakon dan usahawan, Fizo Omar dalam menunaikan ibadah haji pada tahun 2019 membuatkan dirinya memperoleh keinsafan.

Hal itu dikongsi melalui laman Instagramnya.

Nabil

Foto kredit: Instagram @nabilzira & Harian Metro

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad tidak menyangka rezekinya dalam menunaikan rukun Islam yang kelima pada usia 32 tahun.

Difahamkan, Nabil pergi berseorangan bersama 21 jemaah lain dalam rombongannya pada tahun 2015.

Yana Samsudin

Foto kredit: Instagram @yanasamsudin

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yana menunaikan janji membawa kedua orang tuanya mengerjakan ibadah haji.

Yana berjaya menyempurnakan niatnya pada tahun lepas bersama suami dan ibu bapanya.

Nelydia Senrose

Foto kredit: Instagram @nelydiasenrose

Pelakon jelita Nelydia Senrose diberikan peluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun lepas bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi.

Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua.

Nelydia, 28, ketika itu memohon doa dari orang ramai menerusi Instagramnya agar dipermudahkan urusan di sana.

Wany Hasrita

Foto kredit: Instagram @wanyhasrita & Berita Harian

Pada tahun 2019, penyanyi Wany Hasrita dipilih untuk menunaikan ibadah haji bersama rakan artisnya, Amira Othman.

Difahamkan, tawaran itu datang pada saat akhir namun, Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah bersyukur dengan peluang yang diberikan.

SKIP THIS AD ×