![[VIDEO] ‘Kadang Rindu Nak Merasa Usap Perut Lagi’](https://asset.ohbulan.com/2025/06/watie-tiga.jpg)
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa rindu mahu berbadan dua lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Lupakan Hasrat Sambut ‘Birthday’ Di Sunway Lagoon Demi Mummy Watie – ‘Anak Yang Memahami Situasi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Tersentuh, Talita Hanya Mahu Luang Masa Bersama Ketika ‘Birthday’ – ‘Kalau Barang Mahal Dia Selalu Cakap Tak Payah’
Rindu…
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, memuat naik video memaparkan dia mengusap perutnya ketika mengandung sebelum ini.
Mengakui perkara itu adalah yang terindah dalam hidupnya, Watie berkata kadang-kadang perasaan rindu itu hadir membuatkannya mengingatkan kembali memori semasa dia hamil.
Kadang rindu itu datang…rindu nak merasa usap-usap perut lagi…
Semoga yang to conceive (TTC) juga diberikan rezeki…
Sebelum ini, Watie memaklumkan mengalami keguguran pada 11 Mei lalu.
Katanya, dia telah mengalami mimpi sebagai tanda awal akan kehilangan anaknya sebelum perkara itu benar-benar menjadi realiti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberi kata-kata semangat kepada Watie agar tidak putus harapan.
Komen warganet
Sumber: Instagram