Berbeza dengan pendakwah Haris Ismail, usahawan dan pempengaruh Kak KM berkata dia tidak berhasrat untuk berkahwin lagi sekiranya pasangannya meninggal dunia terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan: Kak KM Nafi Dakwaan Potong Perut, Hanya Alami Gastrik – ‘Belum Sampai Ke Tahap Itu’

Artikel Berkaitan: VIDEO] ‘Saya Tak Jemput Kak Nona, Tak Sokong Tindakan Dia’ – Kak KM

Tak kahwin

Menerusi klip rakaman skrin siaran langsung, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata keputusan untuk tidak berkahwin lagi dibuat kerana memikirkan keadaan anak-anaknya.

Bagaimanapun, dia mengakui hanya mampu merancang, manakala segala-galanya diserahkan kepada Allah SWT kerana apa yang berlaku tetap bergantung pada ketentuan-Nya.

Suami Neelofa kata kalau dia meninggal dahulu, dia benarkan isterinya kahwin lagi. Terpulang, hak masing-masing tapi kita boleh cakap sahaja sebab jodoh kita tak tahu.

Tapi saya, niat daripada awal perkahwinan kalau jadi apa-apa saya tidak mahu kahwin lagi.

Saya ada anak perempuan tiga orang. Kalau kahwin lagi, kita tak tahu apa akan jadi dengan ketiga-tiga anak perempuan saya.

Bercerita lanjut, Kak KM berkata kebimbangan utamanya adalah perasaan anak-anak, bukannya keadaan dirinya sendiri.

Dalam pada itu, Kak KM mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu tergesa-gesa untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas kehilangan pasangan.

Saya tidak fikir diri saya. Cumanya risau apa yang anak-anak akan fikir dan tengok apabila saya bermesra dengan suami baharu.

Contoh kalau tengah makan bersama, nanti kita pandang sahaja pasangan baru tu, anak tak pandang pun sebab kita dah lupakan dia.

Terdahulu, Haris membenarkan isterinya, Neelofa untuk berkahwin lain sekiranya dia menghembuskan nafas terakhir terlebih dahulu.

Sumber: TikTok