![[VIDEO] Kak KM Tak Pilih Jenama, Anggap Riz Macam Anak Sendiri – ‘Dia Sebelum Ni Tiada Beg, Jadi Saya Hadiahkan’](https://media.ohbulan.com/2025/03/kak-km-1.jpg)

Usahawan terkenal Kak KM menyifatkan pemberian hadiah beg kepit (clutch) kepada kekasih Nabila iaitu Riz adalah kerana telah menganggapnya sebagai anak sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Beli Hadiah Beg Jenama Mewah Sempena Hari Lahir Teman Lelaki Anak, Netizen Komen – ‘Untung Mak Mentua Bagi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’
Hadiah hari lahir

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata pemilihan hadiah itu dibuat kerana Riz sebelum ini tidak mempunyai beg untuk meletakkan barangannya.
Saya bukan pilih jenama. Saya hadiahkan clutch itu sebab bila pergi event bersama dia (Riz) tiada beg untuk letakkan barangan seperti kunci kereta, dompet dan telefon.
Kebetulan hari jadi dia, saya belikan dia clutch. Itu sahaja.
Saya akan sayang Riz walaupun mereka tiada jodoh bersama sebab saya dah anggap dia macam anak saya.
Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri itu menghormati dengan pilihan Nabila.
Saya suka beri apa yang dia (Riz) tiada. Beberapa tahun sebelum ini, saya hadiahkan lasik buat dia. Kemudian hubungan mereka putus tetapi sekarang sudah berkawan semula.
Tetapi saya tidak kisah kalau itu yang membahagiakan mereka. Sampai masa kalau ada jodoh, kahwin la. Kalau tiada jodoh, boleh cari orang lain.
Sementara mereka tengah berkawan itu, kita hormat hubungan mereka.
Pesan dekat anak sendiri

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia sering berpesan kepada Nabila supaya menjaga nama baiknya dan menitikberatkan batas pergaulan ketika berkawan.
Katanya, dia sangat tegas dalam mendidik anak-anak dan akan memberikan teguran sekiranya ia memberikan kesan yang buruk terhadap diri dan keluarganya.
Anak ni memang kena layan seperti kawan-kawan tetapi tidak boleh terlampau bebas yang memberi kebenaran kepada semua perkara.
Saya tiada masalah untuk Riz datang untuk berbuka ke atau sahur sekali. Tetapi apabila saya benarkan perkara itu, saya hanya pesan kepada anak saya untuk jaga air muka saya.
Sebab kalau apa-apa yang terjadi orang mesti akan sebut nama saya berbanding suami.
Selagi boleh jaga (batas pergaulan) kena jaga.






