Perkongsian terbaharu usahawan dan pempengaruh sensasi, Kak KM menerusi TikTok telah menyorot perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Beli Rumah Untuk Anak-Anak, Harga RM1 Juta Setiap Seorang – ‘Jika Saya Tiada, Saya Tak Mahu Mereka Terbiar’

Bagi hadiah Versace

@kakkmshopHappy birthday Rizz? original sound – Kakkmshop

Menerusi perkongsian yang dibuat, pemilik nama Liana Rosli itu dilihat sedang membawa kotak hadiah untuk diberikan kepada Riz yang merupakan kekasih anak gadisnya, Nabila.

Riz yang sedang duduk di ruang tamu kemudiannya terkesima apabila sewaktu membuka kotak hadiah yang berisi beg jenama mewah iaitu Versace.

Ini dia (hadiah), selamat hari jadi buat Riz.

Riz suka tak?

Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian netizen dan meraih lebih 115,000 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Riz sangat bertuah kerana mendapat hadiah tersebut daripada ibu kekasihnya.

Komen netizen

Sumber: TikTok