Usahawan sensasi, Kak KM berpendapat amalan memberi duit raya daripada seorang suami kepada isteri perlu dilakukan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Sukar Berjauhan Dengan Anak Lelaki, Akui Terkesan Kes Kematian Pelajar UiTM Dungun – ‘Saya Rasa Kehilangan.. Luluh Hati’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’
‘Bukan dalam jumlah banyak’
Bukan jumlah menjadi keutamaan, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata, pemberian duit raya merupakan tradisi yang sudah diamalkan sejak zaman dahulu lagi.
Malah, pemberian duit raya dapat membuat isteri dan anak-anak berasa gembira.
Pada pendapat saya, pemberian duit raya daripada suami kepada isteri adalah perlu, itu merupakan tradisi kita setiap kali menyambut bulan Syawal.
Dalam keluarga saya sendiri amalkan pemberian duit raya, bapa saya akan beri mak ketika mereka bersalaman. Kemudian anak-anak pun akan dapat daripada bapa.
Apabila saya sudah berkeluarga saya amalkan juga. Anak-anak pun mesti tertunggu-tunggu.
Duit raya bukannya perlu diberikan dalam jumlah yang banyak. Siapa yang tak gembira dapat duit raya?
Kak KM berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
‘Jangan cakap tiada duit’
Dalam pada itu, Kak KM menyelar golongan suami yang mengatakan tiada wang untuk diberikan.
Tegasnya, sudah menjadi tanggungjawab suami mencari nafkah buat keluarga.
Sebagai isteri dah tolong masak tiap-tiap hari untuk suami, tolong gosokkan baju raya, takkan lah tak boleh hulur sikit.
Untuk para suami, tolong terapkan pemberian duit raya. Bukan bagi amaun yang banyak sampai awak jadi miskin, tidak begitu. Janji adalah benda ‘manis’ untuk isteri dan anak.
Jangan cakap tiada duit, orang lelaki (suami) kena kerja untuk isteri dan anak-anak. Cakap tiada duit, duit kau habis dekat siapa?