![[VIDEO] Kak KM Ziarah A.Aida Di Hospital](https://asset.ohbulan.com/2025/10/kak-km-a.aida_.jpg)
Usahawan sensasi, Kak KM sempat menziarahi penerbit, Datuk A. Aida yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Berhabis RM50,000 Beli Sejadah – ‘Beg Tangan RM60k Boleh Beli’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Tak Baca Komen Negatif, Sifatkan Pembuli Seorang Pengecut – ‘Kalau Ambil Peduli, Saya Tidak Sampai Ke Tahap Ni’
Melawat A.Aida di hospital
Menerusi sebuah video pendek yang dikongsikan, pemilik nama Liana Rosli berkongsi momen menziarahi A. Aida bersama kakaknya, Lydia Rosli.
Dalam pertemuan itu, mereka sempat meluangkan masa bersama dengan berbual dan Kak KM sempat memuji A. Aida yang masih kelihatan cantik walaupun berada dalam keadaan kurang sihat.
Malah, mereka turut merancang untuk bercuti bersama selepas A. Aida kembali pulih.
Terdahulu, A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi di sebuah hospital swasta pada Khamis lalu.
Selepas empat hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi selepas pembedahan lutut, dia kini dipindahkan ke wad biasa.
Sumber: Instagram Kak KM