berita

[VIDEO] Kaka Azraff Buat Kejutan Kongsi ‘Baby Bump’, Peminat Tak Percaya Bakal Timang Anak Ketiga

February 23rd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Memiliki zuriat tidaklah semudah yang disangka. Namun begitu, khabar daripada penyanyi Kaka Azraff mencetus rasa teruja di kalangan netizen apabila Kaka yang mempunyai dua cahaya mata yang masih kecil dan kini sedang berbadan dua. Rezeki yang tidak disangka-sangka itu dicemburui ramai.

Artikel Berkaitan: Tarikh Cun! Kaka Azraff Selamat Bersalin Anak Lelaki

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kaka Azraff Buat Surprise Untuk Isteri Tercinta. Bersemut Weyh!

Anak ketiga otw!

Menerusi hantaran di TikTok, Kaka yang mengenakan ‘dress’ berwarna hitam menayang ‘baby bumpnya’ berserta kapsyen yang ringkas.

Number three coming.

Hal ini membuatkan ramai teruja dengan kehamilan penyanyi berusia 33 tahun itu kerana tidak menyangka begitu pantas.

Terdahulu, Kaka dan pasangannya, Adam Azriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki dan kini menanti yang ketiga.

@kakaazraff

No 3 coming ??#fyp #pregnant #kakaazraff

? Vokker & Darrow – Everyday – ??-

Senangnya dapat anak…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi rezeki yang diperoleh oleh pelantun lagu ‘Bukan Hal Aku’ kerana tidak mudak untuk memiliki zuriat. Selain itu, ada juga pengikut yang teruja dengan berita gembira itu.

Sumber: TikTok @kakaazraff

SKIP THIS AD ×