Pelakon dan pelawak, Didie Alias meluahkan rasa sedih dengan tindakan rakan baiknya yang juga seorang aktres yang secara tiba-tiba menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Melawak Tak Pernah Sentuh Negara Jiran, Kau Buatlah Lawak Pasal Binatang’ – Didie Alias
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Ridzuan Hashim Dedah Sebab Pilih ‘Burgundy’ Sebagai Warna Tema Persandingan Abang
Jalin hubungan songsang?
Menerusi temu bual bersama Melodi, Didie turut meluahkan rasa terkilan dengan rakan baiknya itu yang didakwa telah kembali menjalin hubungan songsang dengan seorang pengkid?
Jelas Didie lagi, dia juga telah memberi nasihat kepada rakannya itu, namun dihiraukan.
Aku dah lama tak berkomunikasi dengan kau, sebab kau dah hilang dari radar. Kalau kau fikir ke arah itu (jalan yang salah) untuk kebaikan kau, aku tak boleh halang. Tapi yang salah tetap salah.
Aku tahu diri aku sendiri tak sempurna, tapi sebagai kawan dah cuba bantu sebaik yang mungkin. Yang juga seorang kakak dan mak. Tapi kehidupan begini kau yang pilih.
Sebenarnya kasihan dengan anak dia. Anaknya seorang remaja yang bijak dan di sekolah seorang budak pandai. Aku pernah beritahu kalau tak mampu nak jaga anak itu, bagi pada aku.
Kalau kau berdoa untuk rezeki yang halal tapi tindakan yang kau buat tidak halal, akan jadi kekangan dari Allah. Hidup ini tidak lama, tak tahu entah sempat atau tidak kita jumpa. Kalau kau pergi (meninggal dunia), biarlah pergi tinggalkan nama yang baik.
Kalau aku heret dia balik ke pangkal jalan, tapi dia tak nak, apa aku boleh buat? Dia dah tua, kalau aku beduk (pukul) atau terajang pun dah tak boleh. Dia ada otak dan berakal.
Dalam masa sama, Didie mendedahkan rakannya itu turut bertindak menipu dirinya sehingga hilang kepercayaan terhadapnya.
Yang aku ralat kenapa dia mesti tipu aku, dia tipu aku ibarat menipu ibu sendiri. Kau cakap anak kau sekolah, tapi sebenarnya tidak. Aku dah tiada kepercayaan dengan kau.
Aku bukan manusia yang sangat kejam, tidak akan tanam kawan hidup-hidup, aku tidak akan cari kau, sebab kau yang pergi, aku tidak halau. Sekarang ini dia yang aibkan diri sendiri.
Kembali pada jalan Allah
Sementara itu, aktres berusia 51 tahun berharap rakannya dapat kembali ke jalan yang benar dan menyedari hubungan tersebut adalah salah di sisi agama.
Malah, Didie turut mempersoalkan di mana janji rakannya itu untuk menjadi sahabat baik selamanya.
Kalau tengah dilamun cinta, kena sedar. Hubungan yang kau buat itu salah. Kepada pasangan dia pastikan jaga dia betul-betul. Kena jaga dia macam mana aku jaga dia.
Aku tak restu kalian berdua kawan. Jangan disebabkab orang itu, satu Malaysia benci adik aku. Kalau aku tahu dia tinggal tepi jalan, kena terajang ke, aku cari budak itu.
Ada pula cerita kata mereka dah kahwin, itu semua dah lari daripada akidah. Bahagia di dunia sahaja, esok lusa tak tahu sempat jumpa aku ke tak kalau aku dah mati. Dia cakap dengan aku, nak bersahabat sampai liang lahad. Mana kau sekarang?
Tambah Didie lagi, meskipun orang ramai mengecam rakannya itu, namun dia tetap menyayanginya.
Aku jujur sangat nak tolong kau, tapi kau kembali ke jalan itu (hubungan songsang), kalau Allah kata aku pergi dulu, maafkanlah. Halalkan makan minum aku. Tapi kalau kau pergi (meninggal), aku akan uruskan kau sampai liang lahad.
Walau macam mana pun orang benci kau, aku akan uruskan pemergian kau. Ya Allah berikanlah petunjuk. Satu yang kau perlu tahu, aku sayang kau dengan anak dan cucu.
Aku sentiasa doakan kau dari jauh, semoga Allah buka pintu hati kau dan kembali kepada nama sebenar. Aku tahu segalanya, apa yang kau tipu, pusing cerita, semua aku tahu.
Video
@melodiberapi tak pernah tengok pelakon Didie Alias menangis sampai macam ini!!! #meloditv3 #fyp? #didiealis #fyp??viral ? original sound – Melodi
Sumber: TikTok Melodi