berita

[VIDEO] ‘Kalau Marah Macam Mana Pun Saya Akan Cuba Istighfar’ – Aeril Zafrel

March 5th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel menyatakan dia tidak akan sesekali menggunakan kekerasan terhadap isteri, Wawa Zainal dan anak-anak.

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Bengang Dituduh Potong Gaji Pekerja, Netizen Asak Suruh Saman

Takkan angkat tangan

Ketika ditemui OhBulan!, Aeril menyifatkan perbuatan mengasari itu tidak patut wujud dalam keluarga terutama terhadap golongan wanita.

Pernah trauma dengan sikap bapa yang garang, aktor berumur 35 tahun, berkata, dia sentiasa mengingatkan diri untuk tidak melakukan perbuatan yang sama.

Kalau marah macam mana sekali pun, saya tidak akan angkat tangan terhadap isteri dan anak-anak.

Tindakan itu tidak wajar dilakukan. Saya pernah trauma apabila sewaktu kecil bapa saya terlampau garang. Kadang-kadang berdarah-darah kena pukul.

Jadi, saya berjanji takkan buat perkara sama kepada orang terdekat dengan saya, terutamanya anak-anak kerana saya pernah mengalami situasi itu.

Saya sebagai anak kecil sewaktu itu rasa sangat tak selesa. Malah, dalam rumah saya pun, saya takkan berkasar, mahu pun kepada pembantu rumah saya.

Aeril berkata demikian ketika majlis pelancaran koleksi Aidilfitri Hijabistahub & Soultan Royale di JW Marriot Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Amal istighfar

Dalam pada itu, pemilik nama Suhairil Sunari mengakui dirinya seorang lelaki yang tegas dan garang namun tidak keterlaluan sehinggakan mengangkat tangan.

Personaliti saya tegas dan garang tapi untuk sampai tahap menjerit-jerit, angkat tangan, saya tak tergamak melakukan perkara itu.

Mungkin saya tak diuji lagi sampai ke tahap itu tapi Alhamdulillah, kalau marah macam mana pun saya akan cuba Istighfar. Saya pun tak berani nak cakap lebih-lebih sebab lain orang lain ujiannya.

Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,  Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.

SKIP THIS AD ×