Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel meluahkan rasa kesal berikutan tersebarnya tuduhan yang mendakwa pasangan ini telah menindas pekerjanya melalui satu artikel yang dikeluarkan oleh sebuah portal.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Hilang Sabar Kena Fitnah, Bagi Masa 24 Jam Buat Permohonan Maaf Sebelum Surat Saman Sampai
Artikel Berkaitan: ‘Saya Okay Saja’ – Wawa Zainal Tak Kisah Suami Puji Pelakon Wanita Lain
Fitnah
Kesal dengan kenyataan tersebut, Aeril telah memuat naik satu foto tangkap layar di laman Instagramnya (IG) yang memaparkan sebuah artikel dan gambarnya bersama pasangan, Wawa Zainal. Bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun ini turut mempersoalkan kesahihan berita yang disebarkan itu.
Kau dapat info dari mana ni? Aku ni siap bagi bonus lagi tahun lepas. Gila punya statment!
Menyangkal dakwaan terbabit, suami kepada usahawan terkenal ini menegaskan hal itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
Terkini, Aeril turut berkongsi satu hantaran yang memaparkan kandungan artikel ‘hangat’ itu tidak lagi ditemui dan dipercayai telah pun dipadam oleh portal berkenaan.
Kau padam? Ingat boleh selesai macam tu sahaja?
Susulan daripada itu, orang ramai yang turut kesal dengan tindakan tersebut menggesa pasangan ini untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada pihak terlibat. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mencadangkan usahawan ini untuk mengeluarkan saman fitnah berhubung penyebaran berita palsu.
Komen
Sumber: Aeril Zafrel