![[VIDEO] ‘Kalau Orang Tanya Macam Mana Keadaan Sekarang…Saya Sunyi’ – Haqiem Stopa Akui Khilaf Sendiri Dalam Perkahwinan](https://asset.ohbulan.com/2026/01/hakim-stopa-22.jpg)
Pempengaruh sensasi, Haqiem Stopa meluahkan rasa penyesalannya selepas berdepan dengan konflik rumah tangga dan perceraian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Jumpa Yang Lebih Baik Daripada Daddy Sekarang’ – Pesanan Sayu Haqiem Stopa Buat Anak
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa, Aireena Sah Bercerai Talak Satu
Penyesalan Haqiem
Menerusi perkongsian di audio siar Sembang Ohh Yeah, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, berkata, dia dilimpahi dengan pelbagai nikmat daripada Allah SWT sebelum dirinya melakukan khilaf.
Bagaimanapun, Haqiem tetap mengakui semua kesalahan dan reda menerima balasan akibat perbuatannya sendiri.
Selepas kahwin, Tuhan bagi rezeki macam-macam, kereta mewah, motosikal, tempat tinggal dan gaji yang besar, semua saya dapat dalam keadaan yang sempurna.
Saya tetap ada kesilapan yang saya akui. Kesilapan saya sendiri sehingga keadaan menjadi seperti ini, nak tak nak saya terpaksa akur..inilah balasannya.
Salah saya sebab tak mengelak sedangkan saya dah tahu benda itu akan beri kesan. Umpamanya, saya sudah tahu akan tersadung dan sakit tapi saya sepak juga.
Saya tanggung apa sahaja risikonya dan apa yang terjadi sekarang. Kalau orang cakap saya tak guna pun saya terima.
Dalam pada itu, Haqiem berkata, ujian rumah tangga adalah perkara yang paling meninggalkan kesan mendalam terhadapnya.
Ini yang paling terkesan sangat-sangat. Benda ini (perkahwinan) bukan boleh berlaku banyak kali, boleh nak kahwin banyak kali tapi untuk saya susah.
Sampai ke hari ini, saya tak ada hati. Kalau orang tanya macam mana keadaan sekarang..saya sunyi.
Terdahulu, isu rumah tangga Haqiem dan Aireena Sofia mula mendapat perhatian umum selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai pada 4 November tahun lalu.
Kemelut perkahwinan mereka didakwa berpunca daripada kehadiran orang ketiga apabila Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem berlaku curang.
Malah, Aireena turut mendakwa Haqiem mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita berusia 18 tahun.
Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud.
Sumber: TikTok Sembang Oh Yeah







![[VIDEO] ‘Setelah Sekian Lama Tak Jumpa, Akhirnya Dapat Juga Saya Peluk & Cium Ibu’ – Kak Nona](https://asset.ohbulan.com/2026/08/kak-nona2.jpg)
