berita

[VIDEO] ‘Kalau Perempuan Pakai Nasi Kangkang, Aliff Pakai Apa Sampai Perempuan Tergila-Gila Ni’ – Sajat

April 5th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Kontroversi membabitkan rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz turut mencuri perhatian pempengaruh media sosial, Sajat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Aliff Masih Curang, Bella Kena Fikir Pasal Diri Sendiri’ – Sajat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Kisah Berapa Kali Curang Tapi Kalau Masih Isteri Atau Suami Orang, Tetap Salah’ – Caprice

‘Tapi Bella hebat lah, otak dia geliga letak perakam’

Menerusi siaran langsung di TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman menyuarakan pendapat peribadinya selepas diajukan soalan daripada netizen berhubung isu rumah tangga Bella dan Aliff.

Sajat menyifatkan Bella seorang wanita yang kuat kerana mampu bertahan dengan seorang suami yang sering mengkhianati cintanya. Tetapi dalam masa yang sama, Sajat menitipkan nasihat kepada Bella untuk meneruskan hidup dan mencari kebahagiannya sendiri.

Tapi Bella hebat lah, otak dia geliga letak perakam. Bagus juga. Untuk perempuan di luar sana pun kena bijak.

Walaupun begitu, Sajat akui dia sendiri tertanya-tanya apakah ‘rahsia’ yang digunakan Aliff sehingga ramai ramai wanita tergila-gilakannya.

Sekarang ni kita tengok Bella dia bagi macam-macam peluang dekat Aliff. Tapi kalau dah sampai tertangkap dengan adik sendiri, saya tak tahu lah apa si Aliff ni buat.

Kalau perempuan pakai nasi kangkang, Aliff pakai apa sampai perempuan tergila-gila ni. Sampai aku balik rasa dia hebat sangat ni, apa yang dia ada. Ada tak korang terfikir benda sama?

Terdahulu, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis dengan alasan masih sayang.

Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat kemudian menetapkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Bella melantik kakak angkatnya iaitu Roslinda manakala Aliff melantik ibunya Siti Hafiza untuk prosiding JKP. Perbicaraan JKP seterusnya pada 4 Jun.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.

Video

@ohbulanofficial Replying to @chãn rãK Khuñ Aliff Aziz pakai apa????? ??? #ohbulan #sembangentertainment #perempuan #nasikangkang #aliffaziz #pakai #apa ? original sound – OHBULAN!

Sumber: TikTok OhBulan

SKIP THIS AD ×