Pempengaruh media sosial, Sam Lim, berpandangan bahawa perkahwinan memerlukan persediaan kewangan yang kukuh kerana kehidupan berumah tangga melibatkan pelbagai komitmen.

Artikel Berkaitan: Parisa Ardina Kongsi Detik Awal Kenal Sam Lim – ‘November 2025 Kenal, April 2026 Kahwin’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Untuk Yang Convert Islam Dapat RM3,000’ – Parisa Ardina

Jangan terburu-buru nak kahwin

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Sam Lim berpandangan bahawa setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu memastikan pendapatan mencukupi bagi menampung kos kehidupan seperti keperluan asas serta urusan majlis perkahwinan.

Tambahnya lagi, keputusan untuk berkahwin tidak seharusnya dibuat semata-mata berdasarkan perasaan romantik atau keinginan untuk hidup bersama.

Saya tak pasti, sebab budaya Melayu dan Cina memang berbeza.

Saya bukan nak sentuh soal bangsa, cuma dari pemerhatian saya, ramai orang Melayu cenderung berkahwin pada usia muda.

Sebab bila sudah berkahwin, mereka boleh tinggal bersama, pegang tangan, dan menjalani kehidupan seperti suami isteri.

Saya nak berterus terang, kalau rezeki belum cukup, jangan terburu-buru nak berkahwin.

Selepas kahwin, bila hidup bersama, semua benda perlukan duit.

Nak buat majlis, sediakan nafkah, beli pakaian, beli makanan dan semuanya perlukan kewangan.

Tak fikir masa akan datang

Dalam pada itu, Sam berpendapat bahawa tanpa kestabilan kewangan, pasangan berisiko berdepan tekanan dalam rumah tangga yang boleh membawa kepada konflik berpanjangan.

Kalau duit tak cukup, jangan kahwin.

Zaman sekarang bukan macam zaman dulu.

Orang tanya saya seronok tak kahwin? Mestilah seronok kalau ada duit.

Saya bukan kaya, tapi sekurang-kurangnya duit saya cukup.

Kalau rezeki awak belum stabil, gaji sekitar RM2,400 hingga RM3,000, lebih baik tangguhkan dulu niat nak berkahwin.

Kalau teruskan juga, besar kemungkinan akan selalu bergaduh, dan akhirnya boleh bawa kepada perceraian.

Ramai nak kahwin sebab nak sweet dan romatik dengan pasangan.

Ada juga yang nak lari daripada rumah keluarga, nak hidup sendiri.

Jadi apa pun jadi, mereka tetap nak kahwin, tanpa fikir panjang tentang masa depan.

Cuba fikir betul-betul, bila dah kahwin, Katakan setiap seorang gaji RM3,000 dan campur gaji pasangan, jumlah RM6,000.

Nampak macam cukup, tapi betul ke cukup?

Harga barang makin naik, barang keperluan harian semua perlukan duit.

Fikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan.

Dalam masa sama, Sam menyatakan bahawa kebahagiaan dalam perkahwinan lebih mudah dicapai apabila seseorang berusaha memperbaiki taraf hidup dan mempunyai sumber pendapatan yang stabil.

Kalau nak rasa seronok dalam perkahwinan, mesti kena ada duit.

Kalau tak ada duit, perkahwinan itu nanti boleh jadi tak seronok.

Kalau tanya saya, seronok tak kahwin? Mestilah seronok, sebab saya tahu cara cari rezeki lebih.

Saya bukan orang kaya, saya cuma lebih rajin dan berusaha.

Sumber: TikTok