Jawapan spontan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditanya tentang keberadaan penyanyi dan pelakon Bella Astillah mencuri perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Sanggup Jadi ‘Superman’, Rai Hari Lahir Anak-Anak Bella Astillah

Artikel Berkaitan: ‘Bakal Isteri Ada Syarifah Tak?’ – Ustaz Azhar Idrus Jawab Soalan Syed Saddiq Isu Kahwin Sekufu

Jawapan spontan Syed Saddiq

Menerusi klip video sesi siaran langsung baru-baru ini, Saddiq dilihat menziarahi kediaman penduduk di Muar, Johor sambil menghulurkan sumbangan kepada masyarakat setempat. 

Ketika berada di salah sebuah rumah, beberapa orang warga emas sempat bertanya mengenai Bella, memandangkan hanya kelibat Saddiq yang kelihatan pada kunjungan tersebut.

Menjawab secara bersahaja, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memaklumkan bahawa kali ini dia datang berseorangan dan mengatakan sekiranya Bella kerap berada di sisinya dan sering mengikutinya ke Muar, alangkah baiknya jika dia mengahwini penyanyi itu terlebih dahulu.

Hari ini saya datang seorang. Kalau setiap hari bawa dia (Bella) datang sekali, baik kahwin dulu lah.

Netizen restu

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap ia sekadar usikan mesra, namun mereka turut berharap ‘gurauan’ itu menjadi kenyataan.

Kami pegang ayat tu YB

Aku orang Muar sayang betul dekat Bella,  macam YB tu Bella pulak.

Alhamdulillah terbaik la YB cepat kahwin lagi baik,itu yang kami harapkan, kami sayang YB dan Bella.

Bukan orang Muar je suka YB bersama Bella. Kami semua ni tak sabar YB kahwin dengan Bella.

Yes! YB dah berani cakap pasal kahwin.

Sumber: TikTok