![[VIDEO] ‘Kami Dah Macam Adik-Beradik’ – Zizan Razak Jawab Usikan Netizen Cuba Jodohkan Dengan Ira Kazar](https://asset.ohbulan.com/2026/01/zizan-ira.jpg)
Pelawak Zizan Razak dan pempengaruh media sosial, Ira Kazar, dilihat sakan melayan usikan netizen yang cuba menjodohkan mereka berdua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sedekah Bukan Untuk Saya Banggakan Tetapi Jadi Inspirasi’ – Zizan Razak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Berbalas Emoji Hati, Kekasih Suka Wajah Tanpa Solekan?
Netizen suruh kahwin
Menerusi potongan klip sesi siaran langsung di TikTok, Zizan menjelaskan bahawa hubungannya dengan Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin hanyalah sekadar seperti adik-beradik.
Pelakon filem Polis Evo itu merasakan keadaan akan menjadi agak janggal sekiranya dia benar-benar dijodohkan dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu.
Kita dah macam adik beradik lepas itu tiba-tiba kahwin macam janggal juga.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Ira yang semakin berseri-seri selain mendoakan jodohnya bersama pelawak berusia 41 tahun itu.
Untuk rekod, Ira pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Mereka kemudian sah bercerai talak satu pada 5 September 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Sumber: TikTok @viewkakikomen








