berita

[VIDEO] ‘Kami Minta Maaf Mampu Bagi RM5 Je’ – Cikgu Sebak Dapat Duit Raya Dari Anak Murid

May 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang guru meluahkan rasa sebaknya selepas menerima sekeping sampul raya yang berisi duit raya daripada muridnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Payah Nak Jumpa Orang Baik’ – Maria Tunku Sabri Terharu Wanita Sudi Tumpangkan Kereta Ke Subang

‘Maaf cikgu, mampu bagi RM5 je’

Menerusi hantaran TikTok dimuat naik @ramoqena, guru tersebut berkongsi rasa terkejutnya apabila melihat sekeping sampul duit raya yang diletakkan di atas mejanya.

Difahamkan, sampul duit raya itu merupakan pemberian beberapa orang murid kepadanya.

Pagi ini aku terkejut apabila masuk bilik guru, ada sampul duit raya, siapa yang bagi?

Aku tanya cikgu-cikgu lain, mereka maklumkan ada murid-murid pergi ke meja aku. Aku buka, memang betul ada duit dan nota. Budak-budak ini kan, pagi-pagi sudah buat aku tersentuh.

Namun begitu, apa yang membuatkannya sebak ialah terdapat sekeping nota ditinggalkan murid-muridnya di dalam sampul duit raya berkenaan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ikhlas daripada Amira, Robiana, Theodore, Yvonne and Olivia.

Cikgu, kami minta maaf itu saja kami boleh bagi RM5 kepada cikgu.

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan tersentuh melihat tindakan murid-murid tersebut.

Video

@ramoqenaBudak2 ni kan…. Pagi2 buta buat mata cikgu masuk habuk…????? original sound – Aina Abdul Devotee – AinaAbdulDevotee

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×