Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mendakwa dirinya sering dipukul dan menjadi tempat melepaskan keganasan oleh bapa kandung sendiri.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Akan Mangga Pintu Rumah Dari Luar’ – Linda Hashim Dakwa Jadi Mangsa Pukul, ‘Warning’ Beego Henti Provoke

Artikel Berkaitan: Individu Dipukul Selepas Kantoi Melepaskan Nafsu Pada Anjing Betina – ‘Kira-Kira Dalam 12 Ke 13 Ekor’

Mangsa pukul

@ihsananak.im

Di usia 10 tahun yang sepatutnya dipenuhi dengan permainan, tawa dan gembira, Sebaliknya menjadi pengalaman menahan derita, tangis dan ketakutan melebihi dewasa 💔 Pernah tidak diberi makan sehingga sehari, berlapar dan berkurung dalam bilik, sedang kanak2 seusia ini sepatutnya mendapat makanan dan gizi yang seimbang untuk membesar Kini, dia berada di tempat yang lebih selamat, namun bekas luka tetap tersisa, memori gelap selalu menghantui 😣 Di luar sana, ramai lagi kanak-kanak dalam keadaan sama : dipukul, didera dan diabaikan keperluannya 🥹 Renungkanlah betapa besar nikmat yang kita miliki berbanding adik ini, keluarga yang baik, meja yang ada makanan dan tidur yang lena 🥲 Jika kita tidak mampu turun padang untuk membantu, hulurkanlah sumbangan kepada mereka yang menguruskan 🥰 Walau RM10 sahaja, cukup untuk mengenyangkan seorang anak hari ini dan cukup untuk memberi harapan bahawa masih ada yang peduli 💖 inilah misi kami di @pertubuhanihsankumalaysia 🇲🇾 membuka mata masyarakat bukan hanya untuk membantu, tetapi menyebarkan realiti yang berlaku untuk pedoman dan tauladan kita semua ✊🏻 mudah mudahan amal baik kita diterima di sisi Allah ✨❤️‍🩹 #ihsananak #ihsanku #kisahnyata #anakyatim #bantuan

♬ A sad, sorrowful and lonely piano solo of tears of farewell(1549980) – Blue bear

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kanak-kanak lelaki itu berkata, dia pernah tidak diberi makan selama sehari.

Ujarnya lanjut, keadaan yang menyedihkan itu menjadi punca dirinya nekad lari dari rumah dan tinggal di pusat Ihsan Anak.

Saya baru masuk satu bulan.

Saya lari dari rumah sebab saya takut papa.

Hari-hari dia asyik rotan. Kadang-kadang dia rotan pakai wayar dan batang kayu.

Kadang-kadang papa tak bagi saya makan langsung.

Saya duduk dalam bilik lepas itu malam-malam kakak beri susu.

Bagaimanapun, apabila ditanya jika mahu bertemu ahli keluarganya, kanak-kanak berusia 10 tahun itu menggelengkan kepala tanda enggan.

Trauma

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap budak lelaki itu yang perlu menanggung trauma seumur hidup. Selain itu, warganet turut memuji personalitinya yang tidak membenci ibu bapa walaupun menerima layanan teruk.

Sumber: TikTok @ihsananak