Di Klang, Selangor, viral sebuah rakaman video di mana seorang kanak-kanak telah dilanggar sebuah kenderaan di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan. Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut disahkan parah.
Jarak yang dekat
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, kejadian tersebut dipercayai berlaku lebih kurang pukul 5.45 petang. Mangsa telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita berumur 21 tahun dari arah Kampung Delek ke Sungai Udang.
Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di kampung sama, dari tempat kerja. Mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan yang pada mulanya berada di tepi jalan, tiba-tiba melintas jalan secara melulu. Keadaan itu menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak yang terlalu dekat walaupun sudah cuba untuk membrek.
Tidak sedarkan diri
View this post on Instagram
Siasatan mendapati mangsa yang beralamat di Sungai Udang mengalami pendarahan pada limpa dan kecederaan usus. Mangsa kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar.
Tambah Shamsul, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut. Dalam pada itu, Shamsul memberitahu pemandu wanita tersebut sudah membuat laporan polis berhubung kemalangan berkenaan.
Siasatan masih diteruskan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro


Amirul Asraf

