berita

[VIDEO] Kanak-Kanak Lelaki Nangis Sangkut Dalam Mesin Basuh, Ibu Seronok Rakam Video

August 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak selepas berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam mesin basuh di rumahnya yang terletak di Jakarta.

Dengar jeritan minta tolong

Perkongsian rakaman video itu dibuat sendiri oleh kakak mangsa menerusi akaun Twitter miliknya, @babychifuyu.

Bercerita lebih lanjut, situasi itu mula disedari selepas kakak mangsa mendengar suara jeritan meminta pertolongan daripada tingkat atas rumah.

Saya tengah melihat telefon bimbit dan tiba-tiba terdengar suara jeritan adik di tingkat atas rumah.

Saya dan ibu bergegas naik dan melihat adik sudah terperangkap di dalam mesin basuh.

Tak tau sebab apa masuk dalam mesin basuh

Tambah kakak mangsa, dia tidak mengetahui apa motif adiknya masuk ke dalam mesin basuh.

Saya tidak dapat berfikir mengapa dia memasuki mesin basuh astaghfirullah.

Menerusi hantaran yang berbeza, kelihatan kakaknya cuba mengeluarkan mangsa daripada perkakas elektrik itu sambil ibu mereka merakam video.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 8,000 kicauan dan hampir 60,000 tanda suka.

 

Twitter: @babychifuyu

SKIP THIS AD ×