![[VIDEO] Karya Lama Kembali Tular, Que Haidar Rasa Dihargai – ‘Gembira Sebab Ada Yang Masih Ingat’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/que-haidar-1_censored.jpg)
Pelakon, Que Haidar meluahkan rasa terharu dan gembira apabila melihat karya-karya lakonannya yang lama kembali tular di media sosial apabila peminat berkongsi semula babak-babak daripada drama dan filem terdahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Perjelas Hubungan Dengan Fazura – ‘Dia Adalah Sahabat Lama Yang Sudah Lama Tidak Berjumpa’
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Jatuh Hati Kalau Bersemuka, Bukan Dibuat Tapi Itulah Dia’ – Pengarah Dedah Personaliti Que Haidar
Gembira

Ketika ditemui OhBulan!, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata dia berasa dihargai apabila ada pihak yang masih mengingati hasil kerjanya walaupun sudah lama ditayangkan.
Saya gembira apabila ada orang ingat kerja-kerja saya. Maksudnya, orang masih ingat.
Terbaru saya nampak orang post semula drama Cinta untuk Ain dan macam-macam lagi. Mana yang tak tahu saya berlakon cerita itu mereka boleh tengok semula.
Saya rasa ia adalah satu perkara yang baik.
Kalau saya ambil ia sebagai negatif, akan jadi negatif dan kalau dianggap positif, maka akan jadi positif. Pokok pangkalnya adalah diri sendiri.
Mengulas lanjut mengenai kemunculan semulanya yang kembali mendapat perhatian ramai, Que mengakui berasa terkejut dengan sambutan yang diterima, namun kini sedang cuba membiasakan diri dengan situasi tersebut.
Mula-mula saya rasa macam tidak percaya tetapi lama-kelamaan saya cuba untuk membiasakan diri dengan perhatian yang diberikan.
Kalau ada yang tak suka itu mereka punya platform dan hak. Susah nak buat orang suka dengan kita jadi mana yang negatif saya cuba untuk tidak mengendahkan sangat kerana mahu jaga perasaan.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa klip lakonan Que Haidar daripada karya-karya lamanya yang kembali dikongsikan sehingga mencuri perhatian ramai.








