berita

[VIDEO] ‘Kau Ni Mab** Eh?’ – Shahrol Shiro Kongsi Pengalaman Lucu Silap Hantar Anak Pergi Sekolah

March 14th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelawak, Shahrol Shiro tampil berkongsi momen melucukan ketika menghantar anaknya ke sekolah menerusi hantaran di TikTok.

Artikel Berkaitan: Shahrol Shiro Kecewa Pelawak Baharu Dipinggir – ‘Henti Buat Keputusan Berdasarkan Suara Ghaib’

Hantar anak salah sekolah

Menerusi hantaran tersebut, Shahrol memaklumkan dirinya dihubungi pihak Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu memintanya untuk mengambil anak di pejabat sekolah.

Kenapa itu cikgu? Apa salah anak saya?

Menurut pihak sekolah, anaknya yang bernama Iskandar Rizqi tidak melakukan sebarang kesalahan, sebaliknya Shahrol yang tersilap menghantar anaknya yang tidak bersekolah di sekolah berkenaan.

Anak awak tak salah apa-apa, yang salah adalah awak.

Awak salah hantar anak awak ke sekolah sebenarnya. Ini bukan sekolah nak awak.

Setibanya di pejabat sekolah tersebut, Shahrol mendapati Rizqi sedang duduk di atas kerusi sambil menunggu kedatangannya.

Apa yang melucukan ialah, salah seorang guru yang berada di pejabat tersebut sempat berseloroh dengan Shahrol atas kesilapannya itu.

Tak tahu sekolah anak eh? Awak mabuk eh?

Di akhir hantaran video tersebut, Shahrol tampil menjelaskan kejadian sebenar kepada pihak sekolah sebelum meminta maaf kepada anaknya kerana tersilap menghantarnya ke sekolah lain.

Hari ini hari kedua sekolah, jadi saya nak hantar dia. Isteri saya cakap dia sekolah kampung Melayu jadi saya pun hantarlah ke sini.

Rupanya isteri saya kata dia sekolah SK Tunku Mahmood.

Video

@ohbulanofficial Atas faktor kesibukan kerja, sy minta bantuan isteri uruskan kemasukkan darjah satu sekolah anak. Dalam perbincangan nak masukkan lai ke sekolah mana, ada dua nama sekolah yang disebut. Cerita hari ini, sy hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam hantar lai, sy dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah. Risau jugak la kalau ada apa2 berlaku, rupanya sy tersalah hantar anak ke Sekolah! Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa tu. Terus dia jumpa cikgu bagitau “Cikgu, rasanya saya salah sekolah ni”. Cikgu tengok nametag dia “Eh, betullah, kamu bukan sekolah sini”. Terus dia hantar ke pejabat. Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah yer lai dan terima kasih cikgu2 yang membantu ?? #ohbulan #santai #shahrolshiro #silap #hantar #anak #sekolah ? Funny – Gold-Tiger

Sumber: TikTok Shahrol Shiro 

SKIP THIS AD ×