berita

[VIDEO] ‘Kau Tu Dah Hampir 50 Tahun’ – Gelagat Azad Jazmin Masih Makan Bersuap Buat Netizen Terhibur

March 18th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Telatah pasangan selebriti, Azad Jazmin dan isterinya, Eira Syazira sentiasa mencuri perhatian netizen di media sosial. Mana taknya, mereka suka menyakat antara satu sama lain.

Sesuai dengan nama manja Min

Menerusi rakaman sebuah video, Eira dilihat ‘membahan’ Azad kerana masih manja dan mahu disuap makan oleh ibu. Lebih menghiburkan, mak mentua Eira turut mendedahkan rutin sebegitu sudah terbiasa sejak dahulu lagi.

Dia yang beranakkan aku. Kisah semalam lepas dia balik kerja. Nasib ibu mentua kesayangan ada tolong suapkan. Ni lah dia Pak Azad sampai lani makan bersuap lagi. Sesuai la dengan nama manja mak hang bagi Min.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Azad. Walaupun sekadar disuap makan, netizen mengakui bahawa momen sebegini yang akan dikenang sampai bila-bila.

Video

Sumber: Eira Syazira

SKIP THIS AD ×