Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan keadaan seorang lelaki keluar dari kereta dalam keadaan satu badannya terbakar.
Video viral itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib malang individu berkenaan. Malah mereka juga tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung mangsa pada ketika itu.
Badan melecur 96%
Berdasarkan laporan Harian Metro, insiden cemas yang berlaku di Jalan Syed Omar, Kg. Syed Omar, Kangar, Perlis melibatkan sebuah kereta yang dipercayai dipandu seorang lelaki. Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Superitendan Wari Kiew, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada seorang pekerja kilang papan sekitar jam 8:49 malam tadi (16 Februari 2022).
Setibanya pihak berkuasa di lokasi kejadian, mereka mendapati lelaki berkenaan sudah melecur hampir 96 peratus selepas membakar diri dalam kereta tersebut.
Seorang orang awam kemudian memberhentikan kereta di belakang kereta yang sedang terbakar dan ternampak seorang lelaki dalam keadaan terbakar pada badan berjalan ke arah keretanya.
Saksi kemudian keluar dari kereta dan menenangkan lelaki serta memadamkan kebakaran pada badan mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
Bakar diri dalam kereta
Bapa mangsa memaklumkan bahawa anak lelakinya itu adalah seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah.
Hasil daripada siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 28 tahun itu sudah beberapa kali melakukan cubaan membunuh diri kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baru.
Malah sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah meminum petrol sebelum keluar rumah menaiki keretanya. Bapa mangsa yang mulai curiga dengan tingkah laku anaknya itu segera membuat laporan polis.
Apabila sampai di balai polis, pihak polis memaklumkan menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar di atas jambatan Kampung Syed Omar, Kangar. Bapa mangsa kemudian pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan kereta yang terbakar adalah milik mangsa.
Difahamkan, mangsa kini masih dirawat di HTF dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas melecur 96 peratus pada badannya.
Video
Sumber: Harian Metro, Facebook