berita

[VIDEO] Kejam! Lelaki Tembak Monyet Gara-Gara ‘Baby Sayang’

May 19th, 2019 | by Hazurin
Isu & Kontroversi

Setiap manusia mempunyai nilai kasih sayang sama ada sesama manusia mahupun haiwan. Namun, sejak kebelakangan ini, ada dalam kalangan manusia yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan tanpa ada rasa simpati. Pada September tahun lalu, seorang pemandu teksi ditangkap gara-gara tindakan kejam memasukkan seekor kucing  ke dalam mesin pengering pakaian.

Terbaharu, menerusi satu rakaman video, seorang lelaki bertindak menembak seekor monyet kerana monyet berkenaan enggan cakap ‘baby sayang’. Kejam!

Lain kali cakap ‘baby sayang’..

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Mckensz, seorang lelaki mengugut dan menyuruh seekor monyet untuk ‘cakap’ perkataan ‘baby sayang’ dan sekiranya tidak berbuat demikian dia akan menembak. Melalui video itu, monyet dalam keadaan terkurung di dalam sebuah sangkar dan dengan kiraan 1,2,3 lelaki tersebut terus menembak monyet itu tanpa ada rasa belas kasihan!

Paling menyedihkan terdengar suara monyet yang mengerang kesakitan selepas ditembak. Pengguna Twitter itu memberitahu bahawa dia mendapat video tersebut melalui perkongsian di group WhatsApp dan tidak mengetahui siapa empunya video berkenaan.

Perkataan ‘baby sayang’ merupakan jawapan daripada pelakon Mira Filzah ketika peminat bertanya soalan di live chat Instagramnya baru-baru ini. Perkataan dan sedutan rakaman tersebut telah viral dan menjadi trending.

The stupidest thing ive ever seen

Perasan dengan perkongsian video tersebut, Mira Filzah menerusi Twitternya membalas dengan menyatakan bahawa ia adalah tindakan yang paling ‘bodoh’ yang pernah dia lihat. Mira juga bertanya dan ingin mengetahui siapakah lelaki yang melakukan perbuatan zalim itu.

Kejam dan zalim

Sumber: Mckenz & Mira Filzah