berita

Dua Suspek Geng Samun Bermotosikal Guna Parang Kena Cekup

February 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di laman sosial video dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kes samun menggunakan parang oleh geng motosikal jenis yamaha 125z. Kes ini berlaku di sekitar Selangor bermodus operandi menyamun mangsa yang bersendirian diluar rumah menggunakan parang.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin menyatakan bahawa telah berjaya menahan dua suspek yang dipercayai terbabit dengan kes jenayah bermotosikal yang menyamun di beberapa lokasi sekitar Selangor.

Masih mengesan baki suspek yang lain

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas tarikh dan lokasi kejadian bagi tujuan memudahkan polis melakukan siasatan dan mengesan saki baki suspek yang lain.

Satu pasukan khas sudah ditubuhkan bagi menangani kes jenayah sekumpulan lelaki bermotosikal yang melakukan samun seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Dua lelaki itu sudah ditahan buat masa ini dan siasatan sedang dijalankan mengenai pembabitan mereka dalam kegiatan jenayah terbabit.

Pihak polis sangat memerlukan kerjasama dan maklumat daripada orang awam untuk membantu pihaknya mengesan kumpulan penjenayah berkenaan yang sering bergerak dan menunggu waktu serta ruang yang sesuai untuk melakukan jenayah samun.

Tiga kes telah dilaporkan

Tiga kes samun dan cubaan samun telah dilaporkan yang membabitkan tujuh ke lapan lelaki warga tempatan. Kes pertama berlaku di Jalan Sri Sarawak, Taman Andalas, Klang apabila mangsa seorang lelaki sedang meletakkan kereta di luar rumahnya di acukan sebilah parang oleh suspek sebelum berjaya melarikan diri dengan wang tunai berjumlah RM5,000, barang kemas bernilai RM2,000 dan telefon bimbit.

Tak cukup satu kes samun

Tidak cukup dengan itu, geng berkenaan menyamun seorang wanita di Loring Lengkongan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang dengan suspek menggunakan taktik yang sama. Pada jam 4.05 petang pula, geng berkenaan cuba menyamun seorang lelaki yang mahu keluar dari rumahnya di Bukit Kuchai, Bandar Kinrara. Walaubagaimanpun, suspek terbabit gagal kerana selepas mangsa berjaya melarikan diri dan masuk ke dalam rumah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×