berita

[VIDEO] Kejutan Istimewa Memey & Norman Buat Abby Abadi Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-42

December 2nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena ulang tahun kelahiran Abby Abadi yang ke-42, bekas suaminya iaitu Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza telah mengadakan satu majlis khas bagi meraikan pelakon itu.

Menerusi Instagram Memey, dia memuat naik video kejutan yang berjaya dilakukannya bersama keluarga. Di samping itu, Memey dan Norman turut meluahkan ucapan khas buat Abby sempena ulang tahun kelahirannya. So sweet!

Agak-agak birthday girl terkejut tak?

 

View this post on Instagram

 

Agak2 birthday girl trkejut tak? Nak tgk tak sambungan ? We ?? u mama @abby_abadi112 ??

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Menerusi video berdurasi 1:48 saat, Memey menunjukkan persediaan yang dilakukannya bersama keluarga sebelum kejutan tersebut berlangsung. Kelihatan Norman, anak-anak dan para pembantunya sedang bertungkus-lumus menyiapkan persiapan dari segi makanan dan dekorasi sebelum kehadiran Abby Abadi.

Melalui video itu, Abby kelihatan terkejut dan gembira apabila mengetahui kesemua ahli keluarganya melakukan kejutan buatnya sempena ulang tahun kelahiran pada tahun ini.

Syukur sebab awak masih lagi survived

https://www.instagram.com/p/B5gv6tfHeoN/

https://www.instagram.com/p/B5ghwYhlLhd/

Menerusi Instagram Norman, dia meninggalkan ucapan istimewa buat bekas isterinya itu. Menurutnya, ulang tahun kelahiran Abby kali ini membuatkan dirinya terasa hiba dan bersyukur kerana wanita itu masih survived walaupun dirinya pernah berada dalam keadaan yang kritikal ketika mempertaruhkan nyawa melahirkan Daniel Firman baru-baru ini. Tambahnya, dia turut berterima kasih kepada Abby kerana menjadi mama buat anak-anaknya.

Memey juga turut memberitahu bahawa tiada kata-kata mampu diungkap buat Abby kerana terlalu banyak kebaikan dan kasih sayang yang Abby berikan buat dirinya dan keluarga mereka.

Sumber: Memey Suhaiza & Norman Hakim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×