Sejak kebelakangan ini, pelakon, Zarina Anjoulie dan kekasihnya, Datul Seri Khazrul Elzey kerap kali menayang kemesraan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Teman Lelaki Zarina Anjoulie Hadiahkan Rumah Di Kawasan Perumahan Elit – ‘I Love You Mama’
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Biarkan Saya Bergembira Dengan Teman Lelaki’ – Zarina Anjoulie
Sayang dunia akhirat
@abot_anjoulie #fyp sayang you dunia & akhirat #zarinaanjoulie
Menerusi video terbaru, Elzey dan Zarina atau lebih mesra disapa Anju sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah. Dalam rakaman itu, Anju tertarik dengan satu baju yang agak menjolok mata namun kekasihnya tidak memberi ‘green light’.
No no no, kita beli tudung ye.
Tidak membantah dan memberontak, pelakon berumur 35 tahun itu dilihat sedang mencuba baju muslimah di sebuah kedai dalam hantaran berbeza.
Shopping muslimah bersama bonda dan Anju. Yakinlah pada nikmat Allah sayang. Rezeki pasti datang dengan luas kalau kita taat pada perintah Allah.
@abot_anjoulie #fyp #zarinaanjoulie Terima kasih bonda teman kan kita ? sayang bonda???
Wanita yang baik
Semestinya, perkongsian itu mencuri perhatian ramai orang yang suka dengan layanan Elzey terhadap Anju. Rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.
Selain itu, peminat yakin Anju boleh berubah ke arah yang lebih baik selepas bertemu dengan cinta sejatinya.
Sumber: Tiktok @*elzeyanjoulie*