Pelakon Zarina Anjoulie tampil bersuara selepas ada segelintir netizen yang menjadikan teman lelakinya sebagai sasaran dengan meninggalkan komen-komen negatif.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Sakit Gila Pun’ – Zarina Anjoulie Buang Tatu Di Badan
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Gaduh Di Media Sosial, Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis – ‘Terus Tindakan Saman’
Artikel Berkaitan: Buat Pengakuan Bersalah Guna Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000
‘Cukuplah’
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menyatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan teman lelakinya. Katanya, segala hantaran yang dimuat naik itu ditujukan kepada rakan-rakan toksik.
Tambah Anju, dia menggesa netizen untuk tidak mengganggu kehidupannya dengan teman lelaki.
Tak perlu la komen merapu di laman boyfriend saya. Walaupun saya tahu ada segelintir yang tak sabar-sabar nak tengok saya jatuh dan nak sangat saya gaduh dengan dia.
Cukuplah. Biarkan saya jalani hidup saya, saya tak kacau sesiapa pun. Tolong biarkan saya bergembira dengan pasangan saya.
Tak layak ke nak bahagia?
Dalam pada itu, di akhir luahan, Anju mempersoal adakah dia tidak layak untuk rasa bahagia biarpun pernah menempuhi fasa hitam.
Sumber: Instagram @anjoulielavocah1