berita

[VIDEO] Keletah Comel Kanak-Kanak Buat Review ‘Roti Sosej Takdop Cheese’ Buat Netizen Terhibur

December 20th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Tidak dinafikan, kanak-kanak sememangnya mempunyai aura yang mampu menceriakan hari kita. Apa sahaja keletah mereka, pasti menjadi terapi untuk kita lebih-lebih lagi yang baru nak bercakap.

Di Facebook, seorang wanita kongsi keletah adiknya yang cuba meniru gaya gaya influencer untuk membuat review. Betullah cakap orang, budak-budak memang mudah terikut. Aduh lucu pula tengok.

Review roti sosej

Lebih 70k tontonan di Facebook, gelagat kanak-kanak ini mencuit hati ramai. Video berdurasi 3:52 minit itu memaparkan gelagat seorang kanak-kanak yang secara bersahaja membuat review makan roti sosej bersama sos.

Kanak-kanak yang bercakap menggunakan loghat negeri Kuala Terengganu itu kelihatan cuba untuk membuat review makan sebelum dipanggil ibunya untuk mengeringkan pakaian.

Apa yang menghiburkan hati kami adalah kanak-kanak ini cuba bercakap dalam loghat biasa sehingga menjadikan sebutan sos cili menjadi ‘sas’. Rata-rata terhibur dan berharap agar kanak-kanak ini mempunyai Youtube channel sendiri.

Tengok pada review ini, tiba-tiba terus rasa nak makan roti sosej kan?

Sos jadi sass

Netizen terhibur

Sumber : Noraihan Azmi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×