Pempengaruh dan pelakon, Norreen Iman mendakwa anak perempuannya, Ellen sekali lagi menjadi mangsa buli di sekolah oleh rakannya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kaki.
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Rebut Peluang 10 Malam Terakhir Ramadan – ‘Jom La Kita Qiyam Sama-Sama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Masih Sama Cuma Kurangkan Carutan, Kalau Boleh Tak Mahu Dah’ – Norreen Iman
Anak kena buli
Menerusi hantaran di Instagram, Norreen berkata kejadian tersebut membuatkan anaknya menjadi trauma sehingga hilang selera makan.
Katanya, dia sudah menggunakan saluran yang betul iaitu berjumpa dengan guru dispilin bagi menyelesaikan masalah buli tersebut.
Ya Allah minta lindunglah anak aku ni. Berkali-kali dah kena. Kena sepak, kena tolak, ni kaki dah luka. Sampai dia cakap dah tak selesa makan kat sekolah. Agaknya rasa sakit sangat sampai muntah dia.
Bukan tak pernah datang sekolah. Aku datang. Cuma aku ikut law (peraturan). Biar cikgu disiplin selesaikan. Pergi umrah, anak aku kena lagi. Sampai menangis dia. Adik ipar cuba cari, budaknya tak ada.
Okay tak apalah sabar. Ni kaki luka, balik badan terus dedor. Siapa yang tak naik angin? Dahlah anak aku ni sejenis happy go lucky sangat-sangat. Kalau aku tak cakap dan beritahu itu merupakan pembulian, dia takkan faham.
Justeru, Norreen berharap ibu bapa di luar sana dapat memainkan peranan masing-masing dengan bertanyakan perkembangan anak-anak mereka di sekolah.
Aku harap korang periksa la anak korang kat sekolah. Apa anak korang buat. Minta update dari cikgu. Harap cikgu pun bagi kerjasama. Kalau anak murid ada complain, in bukan perkara, ‘ala biasalah budak-budak’.
Harap kita sebagai ibu bapa ada dapat update juga what happened kat sekolah. Bukan hanya harapkan anak yang beritahu sahaja.
Bapa pun dah naik angin juga, macam mana aku nak tenangkan my husband knowing that her daughter kena macam ni sekali?.
Video
@norreniov31 #norreniman #fyp??viral ? original sound – NORREN IMAN
Sumber: Instagram