berita

[VIDEO] Kena ‘Tibai’ Di Kaki Lima, Aliff Aziz Bergaduh Lagi?

January 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila video pergaduhan artis popular Aliff Aziz sambil menunjukkan kemaluan di sebuah restoran di Singapura pada siang hari. Tidak cukup dengan itu, dia sekali lagi mencetus kontroversi apabila dilihat bergaduh di kaki lima sebuah restoran. Dia ditumbuk berubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum diredakan orang ramai di sekitar tempat kejadian.

Penuh tattoo tapi penakut

Menerusi Twitter Pio Dhurjana, Aliff Aziz yang ketika itu memakai singlet putih bersama seluar pendek berwarna biru dilihat terlibat dalam satu pergaduhan di kaki lima sebuah restoran yang dipercayai di Singapura. Ketika kejadian, Aliff dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri. Turut kelihatan, dia mempunyai lukisan tattoo di belakang badannya.

Mabuk sampai gaduh

Sumber turut mengatakan bahawa ketika itu Aliff berada dalam keadaan mabuk sehingga mencetus pergaduhan di tempat awam. Walau bagaimanapun, pergaduhan tersebut dapat dileraikan sebelum pihak berkuasa hadir di tempat kejadian. Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut membantu memapah Aliff untuk beredar dari situ.

Sering cetus pergaduhan

Rata-rata netizen mengecam tindakkannya itu kerana sering kali mencetus pergaduhan di tempat awam dalam keadaan mabuk.

Sumber: Pio Dhurjana

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×