Seperti yang diketahui ramai, pendakwah bebas Da’i Syed telah memilih pengacara Hana Ismail sebagai suri hati dalam kehidupannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Syed Sah Bergelar Suami Hana Ismail
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ’Perkenalan Hanya Selama Sebulan’ – Beza Usia 9 Tahun Bukan Halangan, Da’i Syed Bawa Hana Ismail Jumpa Ayah Di Mesir
Ada novel sendiri
@nxxrxxl_syuu99 Dulu ramai yang kecam dai syed,sekarang Alhamdulillah Allah bagi die seribu kebahagiaan bersama isteri die,walaupun die kenal x lama dengan isteri die??semoga bahgia hingga ke jannah,Aamiin#fyp? #fyp??viral #daisyed #hanaalmauzah #istikharahku ? bunyi asal – Syuhadahaurashop
Terbaharu, Syed mendedahkan dia dan Hana akan mengeluarkan sebuah novel hasil karya sendiri yang mengisahkan tentang perjalanan hubungan mereka sebelum berkahwin.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pendakwah sensasi yang berumur 27 tahun itu memberitahu novel tersebut berjudul 7 Hari Istikharahku.
Dalam hantaran lain, pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail berkongsi video yang memaparkan Hana sedang menangis ketika berkongsi kisah cinta mereka sambil dipujuk oleh suami tersayang.
Malu itu perlu
Bagaimanapun, kerap sangat menayang aksi romantis kepada umum telah menimbulkan rasa ‘meluat’ dalam kalangan warganet.
Ada netizen yang melabel Syed dan Hana sebagai ‘terpaling kahwin’ di samping menggesa agar rakaman momen manis itu disimpan untuk tontonan peribadi.
Selain itu, pengguna media sosial juga menasihati pasangan pengantin baharu ini untuk tidak terlalu beria menayang kebahagiaan kerana masih dalam fasa awal perkahwinan.
Pada 3 Disember lalu, Syed dan Hana selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, Syed menyerahkan mas kahwin seutas gelang, manakala wang hantaran dirahsiakan.
Sumber: TikTok @nxxrxxl_syuu99