![[VIDEO] ‘Kereta Saya Bekas Suami Guna Tapi Dia Tak Bayar Sampai Kena Tarik’ – Nashkay](https://asset.ohbulan.com/2025/10/iWM5jMDk-IMG_0621.jpeg)
Pempengaruh media sosial Nashkay berkongsi mengenai dugaan yang dihadapinya sebagai seorang ibu tunggal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Salah Ke Sudah Berpisah Tapi Masih Berbaik? – Nashkay
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kurang Senang Nashkay & Bekas Suami Bekerjasama, Empunya Badan Tampil Perjelas – ‘Kami Tak Duduk Sekali’
Kereta kena tarik

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nash atau nama lengkapnya Siti Nur Nashrah mendedahkan bahawa kereta miliknya telah ditarik pihak bank.
Dakwa Nash, kereta tersebut sebelum ini telah diberikan kepada bekas suaminya untuk kegunaan perniagaan namun lelaki itu tidak menyedari bahawa bayaran ansuran bulanan telah tertunggak.
Kereta saya kena tarik sebab dah tiga bulan tak bayar.
Kereta ni saya bagi juga bekas suami guna untuk dia nak road tour laksam dia dulu. Saya ingat dia bayar dan tak tahu sampai kena tarik.
Tambah Nash lagi, dia terpaksa membayar tunggakan tersebut memandangkan kenderaan itu berdaftar atas namanya.
Tawar hati sebab kes curang
Nash turut menjawab tuduhan kononnya dia tidak membantu perniagaan laksam bekas suaminya dan hanya mementingkan jenama tudungnya sendiri.
Orang salahkan saya kenapa tak tolong bisnes laksam tu? Tudung ini saya memang suka jual. Daripada dulu lagi saya memang jual tudung dan pakaian.
Saya kumpul duit sendiri. Duit paid review tu saya simpan dan guna untuk bisnes ini.
Laksam tu sebenarnya saya dah tolong sehabis baik. Dah dikira berjaya.
Sementara itu, Nash mendedahkan punca dia membuat keputusan untuk tidak lagi terlibat adalah kerana kecurangan bekas suaminya, yang membuatkan dirinya tawar hati.
Jadi tawar hati nak tolong sebab masa sebelum berpisah lagi, Saya dapat tangkap yang dia curang lagi.
Tahun ini datang serentak semua masalah yang saya nak kena hadap. Tapi saya percaya Allah tu akan tolong.
Ujian yang agak berat untuk saya sebagai seorang ibu tunggal.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya dan ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar wanita ini tabah menghadapi ujian tersebut.
Sumber: TikTok








