![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/khairul-aming-.jpg)
Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming tidak mampu menahan air mata apabila berkongsi jerih perih yang dilaluinya sebelum berjaya memperoleh kejayaan.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kecewa Dilabel Kapitalis – ‘Bila Usahawan Tempatan Nak Buat Jadi Serba Tak Kena
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’
Tak dapat bantu bapa

Menerusi sesi jualan secara langsung, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu menangis semasa mengenang kembali tentang arwah bapanya.
Saya bukan anak siapa-siapa.
Ayah saya sudah tiada, bahkan pencen dia pun tak ada.
Menurut Khairul Aming, dia tidak dapat membantu arwah bapanya ketika sakit berikutan kekangan kewangan ketika itu.
Sebelum dia meninggal dunia saya tak ada duit, nak beli ubat dekat dia pun tak ada duit.
Dia minta RM50 pun saya tak boleh nak bagi ketika itu.
Tambah usahawan berusia 34 tahun itu, arwah bapanya juga tidak berkesempatan untuk melihat pencapaian yang diperolehnya hari ini.
Selepas ayah meninggal baru saya lancarkan Sambal Nyet, jadi dia tak sempat tengok.
Saya harap sangat boleh guna duit sedikit duit jualan ini untuk tolong dia ketika dia sakit sebab ketika itu saya rasa tak berdaya kerana tak ada duit.
Dia sakit teruk nak beli ubat tak boleh, nak upah penjaga pun tak boleh sebab saya kerja makan gaji ketika itu.
Saya perlu berada di pejabat, saya tak boleh selalu jaga dia di hospital.
Terdahulu, Khairul Aming sekali lagi berjaya mencipta rekod apabila meraih lebih RM4 juta jualan ketika sesi siaran langsung TikTok Shop Live yang berlangsung semalam.
Sumber: TikTok






