berita

[VIDEO] Khairul Aming Tutup Kilang, Bawa 100 Staf Beli Persiapan Raya! Siap Bagi Bonus RM5,000?

April 3rd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Khairul Aming pernah mendapat pujian wargamaya apabila dia menutup kilangnya dan membawa pekerja-pekerjanya untuk bercuti ke Pulau Langkawi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tutup Kilang 5 Hari, Bawa 60 Staf Bercuti Di Langkawi! Semua Ditanggung Siap Duit ‘Shopping’

Tutup kilang, bawa beli persiapan raya

Terbaharu, Khairul atau nama sebenarnya kembali mencuri perhatian apabila dia sekali lagi menutup kilang perusahaannya dan membawa para pekerjanya untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Khairul memaklumkan dia telah membawa seramai 100 orang pekerjanya untuk membeli baju raya serta serta kelengkapan lain seperti barangan dapur.

Kita tutup kedua-dua kilang sebab nak raikan kesemua pekerja kita sempena hari raya yang bakal menjelma.

Macam-macam aktiviti yang kami buat, pertama sekali kita bawa diorang ‘shopping’ baju raya tapi penuh sikitlah satu kedai sebab pekerja saya dah makin ramai, hampir 100 orang.

Lepas dah ‘settle’, saya bawa diorang pergi pasar raya sebab nak mereka beli barang dapur untuk keluarga buat persiapan hari raya.

Masa ini semua telefon isteri dan mak ayah tanyakan barang apa lagi yang tak cukup di rumah, ‘best’ sangat tengok diorang ‘shopping’.

Selain itu, kesemua pekerja Khairul diberikan bonus raya dan cuti selama seminggu bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

Selepas itu saya bawa diorang pulang ke kilang untuk momen yang paling diorang tunggu-tunggu iaitu pemberian bonus duit raya.

Jadi macam biasa, kita kongsi rezeki sikit kepada diorang untuk menyambut hari raya.

Bukan itu sahaja, Khairul turut membawa para pekerjanya untuk menikmati juadah berbuka puasa di hotel bersama-sama sebelum mereka bercuti panjang.

Hantaran tersebut pastinya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum dengan cara Khairul menghargai pekerjanya.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang berseloroh untuk pindah ke Kelantan kerana mahu menjadi salah seorang daripada pekerja kepada Khairul.

Komen netizen

Sumber: Instagram Khairul Aming

SKIP THIS AD ×