berita

[VIDEO] Kieda Crepe Berhentikan 5 Staf, 7 Lagi Kena Surat Amaran – ‘Semoga Tiada Dendam Di Hati Mereka’

November 25th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

kieda 12 staff group khianat 12

Usahawan Kieda Crepe berasa sedih apabila 12 pekerjanya mewujudkan group chat rahsia sejak 14 November lalu hanya kerana tidak berpuas hati dengan dirinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berat Bahu Belah Kanan Dapat Pahala’ – Peniaga Pencuci Mulut Minta Maaf, Tegur Staf Pasar Raya Tak Tolong Angkat Barang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Tak Ceroboh Privasi Telefon Staf, Benarkan Nak Buat Group Asing Tanpa Ketua – ‘Masuk Cara Elok, Keluar Cara Elok’

Tujuh staf kena warning letter

kieda crepe kena khianat

Menurut Kieda, dia hanya memberhentikan 5 orang staf daripada 12 orang itu dan yang selebihnya hanya diberikan surat amaran atau ‘warning letter.’

Jelas Kieda, dia sudah pergi ke pejabat buruh pada petang Jumaat bagi membincangkan langkah yang patut diambil terhadap staf-staf yang sudah khianati.

Makan tak pernah kurang, nak pinjam duit, bagi pinjam. Nak apa semua kita bagi. Kita permudahkan urusan orang, tapi urusan kita, hari ini kita dah dapat jawapan.

Daripada 12 orang itu, yang dibuang hanya lima orang sahaja. Yang baki, kita dah jumpa dan mereka beritahu terikut dengan kawan-kawan dan silap pilih ‘circle’. Kita bagi mereka surat amaran sebagai pengajaran.

Tak simpan dendam

kieda crepe kena khianat 1

Dalam pada itu, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra turut mendoakan agar lima staff yang terlibat itu akan bertemu dengan tempat kerja baru yang menepati cita rasa.

Untuk lima orang itu, saya sebenarnya sayang tetapi selepas mendapati ini ‘jawapan’ yang saya dapat selepas baik dengan semua orang..

Semoga mereka menemui tempat kerja, dengan bos dan circle yang memenuhi kehendak. Semoga tiada dendam di hati mereka seperti mana saya tidak berdendam dengan mereka.

Pada Jumaat, Kieda mengarahkan 12 orang pekerjanya memberikan surat letak jawatan 24 jam selepas mereka kantoi mewujudkan group untuk mengutuk dirinya bertubi-tubi.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×