berita

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli

September 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

UAI Kieda

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum jual beli berhubung isu sistem ‘support vendor’ yang didakwa seolah-olah memaksa pelanggan untuk membeli barangan yang bukan kemahuan mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berat Bahu Belah Kanan Dapat Pahala’ – Peniaga Pencuci Mulut Minta Maaf, Tegur Staf Pasar Raya Tak Tolong Angkat Barang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Kieda Crepe Meninggal Dunia – ‘Ujian Paling Berat Bulan Julai’

Tidak sah jual beli

UAI Kieda

Menerusi sesi soal jawab ketika menyampaikan ceramah di sebuah masjid, Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang perkara tersebut.

Pendakwah bebas ini dengan tegas berkata hukum memaksa pelanggan membeli barangan yang tidak diingini mereka adalah tidak sah di sisi agama Islam kerana membebankan pembeli.

Barang yang nak kita beli itu sah, barang yang kita tak nak beli atau dipaksa beli itu tidak sah kerana jual beli kena ada keredaan dalam hati penjual dan pembeli.

Bermakna jika jual beli tidak sah, kita pegang barang orang secara batil, penjual pegang duit orang dengan cara yang tidak betul, Allah tak suka.

Jual beli dalam Mazhab Syafie ada ijab kabul, berlafaz. Menunjukkan halal itu yang tersembunyi dalam hati diterjemahkan dengan lisan menunjukkan reda.

Respon Kieda

UAI Kieda

Susulan itu, usahawan yang memperkenalkan sistem pembelian tersebut iaitu Kieda tampil menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah memaksa pelanggannya untuk membeli.

Kedai ini sistemnya memang ‘support vendor’ dahulu sebelum support Kieda. Tengok di bawah kedai dah ada banner, kalau kata tak reda jangan naik (ke kedai).

Untuk saya memang saya jaga produk orang. Saya ketua, takkan saya nak biar produk saya habis dijual, produk lain tak habis selepas itu sedekah. Macam mana nak balik modal mereka?

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi warganet berhubung isu berkenaan, antaranya mereka menyifatkan wanita tersebut sebagai seorang yang tidak mengaku salah.

Bagaimanapun, masih ada pengikutnya yang bersetuju dengan kaedah pembelian tersebut dan tetap setia menyokongnya.

@mayakar1n

Replying to @amaleena ustaz azhar idrus>support vendor. sy just share apa y uai ckp ja tau. #ustazazharidrus #tanyaustadz

? original sound – beautyqeyla – beautyqeyla

Sumber: TikTok Kieda Crepe

SKIP THIS AD ×