berita

Video: Kisah Cinta Zahid & Bakal Isteri

June 5th, 2013 | by Ai
Video Popular

Zahid

Kalau diperhatikan, ramai juga selebriti yang mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin dalam bulan Jun. Tidak terkecuali ialah penyanyi dan penyampai radio, Zahid yang akan melangsungkan hari bahagianya bersama bakal isteri hujung minggu ini.

OHBULAN! agak mesti Zahid dan keluarga kedua-dua belah pihak tengah sibuk membuat persiapan majlis yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Tapi yang menariknya, bakal raja dan ratu sehari ni sempat lagi berkongsi dengan peminat tentang kisah perkenalan mereka yang bermula di laman Twitter dalam bentuk video.

Zahid & Sarah

Kali pertama dating terus pegang tangan

Video yang dirakam dan diterbitkan oleh Feel Motion Picture itu nampak comel sekali dengan gaya malu-malu Zahid yang baru nak menyulam cinta dengan Sarah Julifa Yusof.

Pasangan ini akan diijabkabulkan pada 7 Jun ini di Teluk Intan, Perak dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya. Manakala, pihak keluarga Zahid pula akan mengadakan majlis sambut menantu pada 15 Jun juga di Teluk Intan.

Jom tengok video kisah cinta Zahid dan Sarah di bawah ini.

SKIP THIS AD ×