![[VIDEO] KJ Kagum Dengar AG Petah ‘Speaking’ Dengan Ryan Giggs](https://media.ohbulan.com/2025/05/KJTerpegunDengar-AgSpeaking.jpg)
Penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin (KJ) terpegun dengan rakan penyampainya iaitu AG Azmeer ketika mereka mewawancara bekas pemain bola sepak Manchester United, Ryan Giggs.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] AG Hot FM Raih Pujian Bantu Habiskan Jualan Peniaga Di Bazar Ramadan – ‘Jelas Wajah Gembira Pada Mak Saya’
Temu bual Ryan Giggs
@hotfm976_ Kalau macam ni lah Bahasa Inggeris @AGAzmeer , bukan setakat @Khairykj je terkejut tau. Semua orang terkejut ni. Fuhhh power la AG. Tak nervous ek dia interview idola, Ryan Giggs ? #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #ManchesterUnitedHotFM ? original sound – Hot FM
Menerusi video dimuat naik Hot FM di TikTok, KJ memulakan pertanyaan dengan bertanyakan Ryan Giggs mengenai kelab yang dimiliknya ketika ini, iaitu Salford FC.
Selepas Giggs menjawab soalan, AG kemudiannya menyuarakan keterujaannya apabila dapat berjumpa dengan bekas pemain yang bermain di sayap kiri itu.
Ujar AG, dia begitu meminati Giggs sehinggakan menjadikan pemain antarabangsa Wales itu sebagai pemain nombor satu kegemarannya.
Saya tak ada soalan pun nak tanya cuma nak bagitahu yang anda adalah pemain bola nombor satu kesukaan saya.
Pada umur saya 12 atau 13 tahun, saya sering menonton video dan mempelajari untuk menendang serta membawa bola seperti anda.
Saya sangat mengagumi anda.
Ucapan AG itu kemudiannya membuat KJ terpegun sebelum bekas Ahli Parlimen Rembau itu memuji rakan penyampainya yang begitu fasih berbahasa Inggeris.
Tetapi sekarang ini saya lebih kagum dengan anda yang boleh berbahasa Inggeris.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terpegun dan memuji AG yang berkebolehan untuk bercakap dalam bahasa Inggeris.
Sumber: TikTok Hot FM