berita

[VIDEO] Konon Gangster Sepak Kereta Orang, Sekali Kena ‘Bantai’

July 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sejak semalam, viral sebuah video di media sosial memaparkan pergaduhan yang berlaku di Kelantan berdasarkan loghat percakapan di dalam video itu.  Video tersebut bagaimanapun, menimbulkan pelbagai spekulasi daripada netizen yang ingin mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Video pergaduhan

 

Menerusi video berdurasi dua minit itu, dapat dilihat pemandu kereta jenis Perodua Myvi dengan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang sempat ‘bertikam lidah’ antara satu sama lain.

Akibat marah dengan apa yang telah terjadi, pemandu kereta jenis Perodua Myvi bertindak menendang bahagian depan Perodua Alza yang sekali gus, menyebabkan pemandunya hilang sabar. Tidak berakhir di situ, penumpang Perodua Alza juga turut bertindak memukul pemandu kereta Perodua Myvi.

Lapor Kosmo Online, kejadian tersebut berlaku di Pasir Tumboh, Kelantan dan punca pergaduhan adalah disebabkan kedua-dua kenderaan tersebut yang nyaris terlibat dalam sebuah kemalangan.

Bagaimanapun, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Sehingga kini, tiada sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

Sumber: Kosmo Online & Cringe Malaysia

SKIP THIS AD ×