berita

[VIDEO] Lamborghini Berasap Tengah Jalan, Syamsul Yusof Tenang Hisap Rokok

June 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Tular sepotong video di laman TikTok yang menyaksikan kereta mewah jenis Lamborghini milik pengarah sensasi, Syamsul Yusof tiba-tiba berasap di tengah jalan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Sakit Mata, Syamsul Yusof Sibuk Bekerja Punca Tidak Hadir Mahkamah

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berdamai Demi Anak

Lamborghini berasap

Menerusi video yang dimuat naik pengguna bernama @syaza, kereta berwarna emas (gold) itu dilihat secara tiba-tiba mengeluarkan asap yang tebal sebelum Syamsul bertindak berhenti di tengah-tengah jalan.

Kejadian difahamkan berlaku di sekitar kawasan ibu kota di Kuala Lumpur, pada Ahad malam.

Menerusi video tersebut juga, pengarah filem Mat Kilau itu kekal tenang keluar daripada keretanya itu sambil mencuba memeriksa keadaan sekeliling dengan sepuntung rokok di mulut.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian tersebut berlaku masih tidak dapat dipastikan.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersyukur melihat keadaan bapa kepada dua cahaya mata itu selamat serta tiada berlaku sebarang kecelakaan.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan insiden tersebut sebagai ‘kurma’ yang merujuk kepada perkataan karma ke atas dirinya.

Video

@cmfavorite? original sound – syaza

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×