Tindakan anggota Senario, Lan Pet Pet yang didakwa melontarkan lawak berunsur lucah terhadap pelakon Fazura telah mencetuskan kecaman daripada netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkesima Lan Pet Pet Fasih Berbahasa Hokkien – ‘Macam-Macam Bakat Dia, Luar Biasa!’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cita-Cita Saya Dari Kecil’ – Lan Pet Pet & Keluarga Bakal Berhijrah Ke Madinah, Berhasrat Dikebumi Di Perkuburan Baqi

Lawak didakwa lucah

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Mazlan Ahmad, 56, itu menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat bagi jenama pakaian berkenaan.

Dalam perkongsian itu, seorang individu bertanyakan kepada Fazura mengenai perancangan perkahwinannya, namun aktres itu menjelaskan bahawa buat masa ini dia tidak memikirkan perkara tersebut.

Soalan tersebut turut menarik perhatian Lan yang kemudiannya memberi jawapan berunsur ‘double meaning‘.

Hampa tunggu sat…bagi dia ‘kering’ dahulu. Baru dua tahun (bercerai), bagi masuk tiga tahun bagi dia ketat sikit…

Klip itu menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan pelawak tersebut.

Segelintir netizen menyifatkan bahasa yang digunakan oleh Lan adalah tidak sesuai.

Komen netizen

Sumber: Threads