![[VIDEO] Lapan Tahun Penuh Penantian, Indah Ruhaila Kini Hamil Cahaya Mata Pertama](https://asset.ohbulan.com/2025/12/indah.jpg)
Penyanyi Indah Ruhaila, memaklumkan dia sedang berbadan dua selepas lapan tahun menanti zuriat yang pertama.
Artikel Berkaitan: Indah Ruhaila Teruja Beraya Bersama Anak-Anak Tiri
Artikel Berkaitan: Indah Ruhaila Rap Dalam ‘Indah’, Tampilkan Konsep Pop Dansa
Umum hamil
Menerusi hantaran di laman Threads dan Instagram, Indah atau nama lengkapnya Siti Ruhailah Hussein, 38, berkongsi mengenai berita gembira tersebut.
Indah juga memuat naik foto dan video dia sedang memegang bahagian perutnya yang jelas kelihatan ‘baby bump’.
Dalam masa sama, Indah turut menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan tersebut.
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang, Alhamdulillah. #8yearsofmiracles.
Ucapan tahniah

Menjengah ke ruangan komen, pelantun lagu Percayalah tersebut dihujani dengan ucapan tahniah oleh rakan seindustri dan juga warganet.
Sekadar info, Indah dan suami Ahmad Shariff Ahmad Taufiq, mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017.
Shariff sebelum itu pernah berkahwin namun berpisah dan memiliki dua orang cahaya mata perempuan.
Sumber: Indah Ruhaila








